BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20 February 2010

Bersyukurlah (^_^)



Bersyukur




Cuba kita fikirkan sejenak untuk bersyukur atas hal-hal
baik dalam hidup kita. Renungkan tentang apa yang telah kita
capai, orang-orang yang memperhatikan kita, pengalaman yang
telah kita dapat, kebolehan dan minat yang kita miliki, apa
yang kita percayai, dan hal-hal terindah dalam hidup  yang telah kita lalui.

Perkara yang kita hargai peliharalah, dan jaga,
biarkan ia terus kekal dan meningkat
dalam hidup kita. Kelimpahan dimulai dengan rasa syukur.
Dengan rasa syukur yang tulus dan ikhlas :
“kita menghargai apa yang telah kita
miliki , yang selanjutnya akan mendorong
kita secara mental dan,
spiritual untuk mencapai apa saja yang menjadi tujuan kita.

Kita tahu bahwa kita dapat mencapai tujuan kerana kita pernah
Melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup.
Pengalaman adalah milik kita yang
patut disyukuri. Siapa kata tidak ada sesuatu perkara
 yang patut disyukuri…?
Segalanya dalam tangan kita sekarang ,
kita seharusnya bersyukur dengan apa
yang telah kita perolehi dari yang Maha Esa.

Emo & Gothic

Tajuk 'emo & Gothic' merupakan antara tajuk yang pernah aku present kat dalam klas Komunikasi Interpersonel sewaktu sem 3 dulu. Masa tu pensyarahnya ialah Puan Junainah. hepy teramat sangat kat dalam klas tue. sebab time tue jugak la aku ramai kenal geng2 kaunseling daripada klas yang lain sebab tetiba aku dah tercampak dari klas yang biasanya sebelum sem 1 & 2 asyik jmpa muka yang sama jek dalam klas. sedangkan kami budak2 b&k ada 177 orang. mungkin sem 3 la aku dah kenal nama sumer orang budak2 kaunseling. hope tajuk 'emo & Gothic' nie serba sedikit dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua. 


              Time present tu masih segar dalam ingatkan En. K dimana dia merupakan insan yang paling last present. ala-ala majlis perasmian penutupan presentation .. gtewww.. jadi disini aku tatapkanlah kepada pihak umum akan cerita-cerita dan fakta yang menarik yang telah aku search, copy n paste dari internet tentang 'emo n gothic' nie. seterusnya aku buat ulasan dan pemahaman ikut logik akal  minda yang telah dikurniakan.

            Nie antara kenangan yang telah aku tangkap bersama kengkawan dalam klas Komunikasi Interpersonel. tengok dulula yerk gambar sebelum En. K jelaskan pe tu 'Emo & Gothic'


 
Dari hadapan kiri : En. K, Hafiz, Zila, Nora, N Umaira
Dari Belakang : Azue, Emy, Zuzie, Akram n Amet.




Memori Tercipta


TAJUK : EMO & GOTHIC 
Emo merupakan singkatan untuk “emosional”. Emo adalah satu tajuk yang luas dan terdiri daripada pelbagai gaya dan jenis yang berbeza. Ia adalah berkenaan dengan stail, menggambarkan genre muzik, dan idea-idea yang berkaitan dengan rekod-rekod penting dalam sesuatu gaya.Emo juga dikaitkan dengan suatu fesyen yang tertentu. Tempoh "emo" kadangkala stereotaip dengan seluar ketat untuk lelaki dan perempuan, gemar berpakaian warna hitam atau putih, rambut lurus, kemeja-t ketat dengan meletakkan nama-nama kumpulan yang diminati, kawasan bertatah, meluru kancing, sniker kanvas atau kasut pari atau kasut hitam lain. Gaya-gaya seperti  inilah yang menjadi ikutan kumpulan remaja pada masa kini. Emo juga adalah satu gaya muzik yang menggambarkan beberapa variasi bebas muzik. Oleh itu, penggunaan istilah dalam lirik lagu telah membangkitkan perbahasan sesetengah pihak kerana seni kata liriknya agak kasar dan muzik yang agak keras. 
                      Gaya yang ditonjolkan dalam budaya emo ini sebenarnya telah lama popular di negara-negara Barat, dan ia menular dalam kalangan remaja masa kini kerana budaya tersebut sesuai dengan tuntutan jiwa remaja yang mahukan kelainan dan sesuatu yang baru. Di Malaysia, budaya ini merupakan antara yang mendapat sambutan selain punk’ dan ‘hip hop’. Jika dilihat dari luaran, budaya yang dibawa ini tidak mendatangkan kesan yang berat kerana mereka hanya berpakaian mengikut stail pemakaian yang berbeza dengan orang lain dan meminati genre muzik rock. Bagaimanapun, jika ia tidak diberi perhatian, lama-kelamaan budaya ini akan memberi pelbagai masalah sosial terutamanya dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi, kecerdasan, bahasa dan jantina. 
                Dari sudut perkembangan fizikal, saya dapat melihat perubahan tingkah laku remaja adalah mereka kelihatan sedikit kasar apabila berada dalam kelompok yang sama perwatakan dengan mereka. Apabila berada dalam kumpulan, remaja-remaja terbabit berani menunjukkan kelakuan yang tidak sopan dan buruk tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling. Mereka gemar mengenakan pakaian berwarna hitam atau putih atau kombinasi kedua-duanya. Ditambah pula dengan aksesori seperti gelang tangan dan tali pinggang yang berwarna silver. Seluar mereka kecil di bahagian kaki bawah manakala rambut pula digayakan dengan pelbagai fesyen mengikut trend masa kini. Kumpulan remaja terbabit menjadi tarikan orang ramai apabila mereka bergerak secara kelompok iaitu lebih kurang lima hingga enam orang dalam setiap kelompok.                                                                                                                      
                Jika dilihat pada penampilan dan cara mereka membawa diri, kumpulan remaja tersebut mempunyai mental yang baik, tidak kelihatan seperti sedang mengalami penyakit mental ataupun gangguan emosi. Mereka hanya berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan mereka sahaja. Walaubagaimanapun, kumpulan remaja emo yang diperhatikan tidak mencampuri urusan orang lain cuma kadangkala mereka sedikit mengganggu dan menimbulkan rasa kurang senang masyarakat sekitar. Ini kerana, mereka gemar bercakap dan bergelak ketawa dengan menggunakan nada suara yang tinggi seolah-olah mereka sengaja melakukan perbuatan tersebut sehingga menarik perhatian ramai. Sesetengah masyarakat mengatakan kumpulan remaja tersebut sebagai gila dan ‘sakit otak’ kerana menjerit ketika berkomunikasi walaupun dengan rakan mereka. Keadaan ini menyebabkan sesetengah ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka, jauh daripada kumpulan remaja tersebut.                                                                                                                                     
   Kumpulan remaja ini hanya berbahasa kasar apabila mereka berada dalam kumpulan mereka sahaja. Pelbagai perkataan kasar yang dikeluarkan oleh remaja-remaja terbabit tetapi daripada apa yang diperhatikan, mereka seperti tidak kisah apabila dipanggil dengan pelbagai gelaran yang tidak elok. Perkataan ‘bodoh’, ‘sial’, ‘kau’, dan ‘aku’ merupakan perkataan yang sering digunakan oleh kumpulan remaja tersebut. Mereka juga tidak terasa hati dengan apa yang digelar dan diungkapkan oleh rakan-rakan mereka walaupun ianya boleh menyinggung perasaan ibarat ‘Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’.                                                                                                                                           Jom lihat gambar they all.  
 
Kata En. K : 'Cantik beg, pinjam boleh?'
Kata En. K : 'Cantik crown, pinjam boleh'     
 
Kata En. K : Cantik bibir, pinjam boleh?.. hahaha .. Juz kiding jerk.. 
Diharapkan info E&G sedikit dan sebanyak dapat korang paham la yerk pe tu E&G

Time Managment.



 

Adakah kita ingin berjaya seperti mereka (seperti gambar diatas yang menunjukkan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang SPM yang mendapat 18A dan 20A). Wowww.. hebatnya yerk mereka.. apakah rahsianya.?? Rahsianya senang saja iaitu Pengurusan Masa yang efektif.. gteww..Jadi disini adalah tips-tips yang boleh En. K (that's mean my name Khairi o Kaunselor..).. 




 
Masa itu bagi pendangan En. K adalah ianya 
memang secara sah-sah 'tidak boleh berpatah semula', 
masa itu adalah 'tetap dan tepat'.
masa jualah musuh kita kerana jika kita terleka ia akan 
'boleh memerangkap kita' dan 'masa ibarat
 kuasa' kerana setiap perkara yang kita lakukan berlandaskan masa.


 
 
Seterusnya, En. K nak citerkan lah tentang teknik-teknik yang boleh kita sama-sama 
kongsikan dalam mengurus masa dengan berkesan. moh kita lihat,baca dan amalkannya yerk..




  




T&T tu maksudnya tunggu dan tangguh. Jangan suka dan pikirkan sesuatu kerja tu dengan tunggu seperti dialog 'tunggu la kejap nak buat' dll. En. K pun kadang-kadang pernah jugak buat benda T&T tp hah nanti dapat la balasannya iaitu 'kelam kabut' seterusnya 'stress'. If tak nak benda tu terjadi buat kerja awal-awal.



  

  

  

  

Diharapkan perkongsian diatas serba sedikit dapat membantu kita dalam mengurus masa dengan efisien. Selamat menguruskan masa anda dengan baik..




Tips Falsafah Kejayaan

Pada malam ni aku ada sedikit perkongsian yang boleh kita sama-sama renungkan dan boleh kita ceduk untuk amalkan dalam mencapai kejayaan iaitu mengenai
TIP FALSAFAH KEJAYAAN ( oleh Dr. Shukri Abdullah ) dan En. K ( means  Khairi o Kaunselor)


TIP 1
Tiada Apa Yang Boleh Mengambil Tempat Usaha
Ulasan En. K : Untuk memperolehi kejayaan seharusnya kita perlulah berusaha, tiada usaha sudah tentu tiada kejayaan. Jika kita sudah berusaha, tetapi tiada kejayaan kita haruslah menerima dengan hati yang terbuka kerana saya yakin ianya ada hikmah disebaliknya. di Upsi sendiri dalam pembelajaran saya mengakui setelah berada sepanjang di semester 5 apa yang telah saya usaha telah membuahkan hasil sebagaimana yang saya impikan. Alhamdulillah.
TIP 2
Manusia cemerlang fokus pada kerja penting walaupun tidak seronok,  sementara manusia lemah fokus pada kerja seronok walaupun tidak penting
Ulasan En.K : Dalam melakukan sesuatu  perkara yang sukar walaupun ianya tidak seronok namun kita harus tempuhinya jua. misalnya dalam assingment. aku mengakui sendiri yang membuat assingment merupakan perkara yang sukar. bila kita membuatnya walaupun dengan penuh kepeningan dan susah mendapat bahan. kejayaan menyiapkan assingment akhirnya mendatangkan satu kepuasan n kenikmatan kepada kita akhirnya. huhuhu..
TIP 3
Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa – George Bernard Shaw
Ulasan En.K :Actually sikap tidak boleh menerima teguran dan tidak mengakui kelemahan diri yang akan menyebabkan kita berada ditakuk yang lama. Oleh itu, apabila kita adanya sikap tolak ansur dan dapat mempelajari sikap menerima kesalahan diri sendiri Insya-Allah kita akan mencapai kejayaan.
TIP 4
It’s Your Attitude Not Your Aptitude That Determine Your Altitude – Zig Ziglar
TIP 5
Kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa daripada keluarga biasa dengan kecerdasan biasa, yang berada di mana-mana sahaja…. Berusaha secara luar biasa!!
Ulasan En. K : Walaupun anda berasal dari keluarga yang miskin yang serba kekurangan jangan menjadikan itu sebagai penghalang kepada anda gagal dalam bidang akademik dll. jadikan perkara tersebut sebagai dorongan kepada anda untuk berjaya. tunjukkan kepada orang disekeliling anda walaupun anda berasal dari keluaraga yang susah namun akhirnya anda boleh mencapai kecemerlangan. contohnya macam saya yang hidup dalam serba kekurangan dan keluarag tidak lah sekaya mana namun saya akan cuba berusaha sedaya yang mungkin untuk mencapai kejayan yang dihajati.
TIP 6
I Go All Out To Get All Success
Ulasan En. K : Saya akan berusaha secara habis-habisan untuk berjaya. saya sendiri mengakui motto kejayaan saya sendiri adalah ayat tersebut. 

TIP 7
I Plan My Work And I Work My Plan
Ulasan En. K : saya merancang kerja saya dan saya buat kerja saya. jika kita hanya merancang perkara yang kita buat tetapi kita tidak lakukan tiada gunanya. oleh itu selaraskan perancangan kita dan buat apa yang kita rancang. seterusnya ia akan membuah hasil mencapai kejaya. Amin.
TIP 8
Belajar Tanpa Matlamat Ibarat Menembak Tanpa Sasaran
Ulasan En. K : Nie bukan menembak dengan menggunakan pistol air atau sebagainya. okk..Seharusnya melalui matlamatlah yang akan memandu anda untuk mencapai apa yang anda hajati. semua orang yang berjaya they all have a mission. so kepada yang tidak ada matlamat cepat fikirkan matlamat anda. saya yakin matlamat itulah yang akan mendorong kita mencapai kejayaan.
TIP 9
Yang Menentukan Kemenangan Bukan Berapa Kali Jatuh, Tetapi Berapa Kali Bangun Semula
Ulasan En. K : saya sendiri mengakui yang saya merupakan insan yang susah bangun semula apabila sudah jatuh apabila perkara yang dihajati tidak dapat dicapai. oleh itu, saya jadikan landasan dengan dorongan dan sokongan orang yang tersayang sebagai motivasi untuk saya bangun semula dari kekecewaan yang dihadapi. anda pula bagaimana? setiap orang ada cara yang tersendiri untuk membangkitkan semula diri anda apabila menghadapi kekecewaan.
TIP 10
Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat??
Ulasan En.K : susah jugak nak jelaskan maksud nie. anyway saya cuba jelaskan ikut kefahaman saya iaitu kita jangan lah terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya seharusnya kita perlua ada sikap percaya pada diri sendiri yang kta boleh lakukan perkara tersebut. that's mean pandai-pandaikan diri hidup berdikari.
TIP 11
Salah Satu Ciri Manusia Cemerlang Ialah Mereka… Tanam Minat Yang Mendalam Ke Atas Sesuatu Kerja Yang Dilakukan
Ulasan En. K : tanamkan minat itu penting. dan jangan lupa niat kita lakukan kerana apa. if niat kita adalah buruk maybe tak berkat la.
TIP 12
Anda Boleh Beri 100 Alasan Kenapa Prestasi Anda Kurang Memuaskan Tetapi Anda Sebenarnya Cuma Perlu Satu Sebab Yang Kuat Untuk Berjaya
Ulasan En. K :Bak kata pepatah 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih' . jangan jadikan alasan anda sebab apa anda gagal sebaliknya jadikan kegagalan anda sebagai pengajaran kepada anda untuk memperbaikinya. ok!

 

Selamat mencapai kejayaan dalam semua bidang yang anda ceburi. pe2pon ingat motto En. K if nak berjaya kena berusaha sedaya yang boleh iaitu : Don't Give Up Before U Try It!

19 February 2010

Luahan Hatiku Dikala Emosi



Adakalanya tiba masa-masa sulit, 
yang membuat hidup terasa penuh kepedihan dan keluh kesah
Namun pada saatnya itu juga tibalah masa kegembiraan datang 
dalam diriku tiba-tiba , yang membuat hidup terasa ringan dan terang. 
Tanpa aku sedar bibir ku basah dengan senyuman. 
Sesungguhnya kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, keriangan, 
dan emosi-emosi lain hanyalah sementara. 
Sebagaimana sekejapnyanya waktu malam di telan siang. 
Tak selamanya kesedihan dan kegembiraan melanda aku. 
Semua itu datang silih berganti, 
tanpa dapat selalu dinanti. 

Aku hanyalah seorang insan yang biasa 
yang tidak dapat lari dari sifat yang kuat sensitif. 
Namun merajuk ku tidak terlalu lama.
Yang perlu Aku fahami adalah kesementaraan ini. 
Kesementaraan menunjukkan bahwa
emosi-emosi itu bukanlah milik Aku. 
Ia hanya sebuah cabaran dari alam yang 
menuntun tindakan dan sikap Aku. 
Saat gembira sedarilah dan hargailah kegembiraan itu. 
Saat sedih, pahamilah kesedihan itu sedalam-dalamnya. 

Saat Aku penuh dengan kesedaran akan emosi Aku
saat itu aku berjaya mengenali diriku dengan jiwa yang tenang dalam diriku.
Itulah memori tercipta yang telah muncul 
dalam diriku disaat ini dan tidak mungkin berulang kembali..