BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20 February 2010

Emo & Gothic

Tajuk 'emo & Gothic' merupakan antara tajuk yang pernah aku present kat dalam klas Komunikasi Interpersonel sewaktu sem 3 dulu. Masa tu pensyarahnya ialah Puan Junainah. hepy teramat sangat kat dalam klas tue. sebab time tue jugak la aku ramai kenal geng2 kaunseling daripada klas yang lain sebab tetiba aku dah tercampak dari klas yang biasanya sebelum sem 1 & 2 asyik jmpa muka yang sama jek dalam klas. sedangkan kami budak2 b&k ada 177 orang. mungkin sem 3 la aku dah kenal nama sumer orang budak2 kaunseling. hope tajuk 'emo & Gothic' nie serba sedikit dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua. 


              Time present tu masih segar dalam ingatkan En. K dimana dia merupakan insan yang paling last present. ala-ala majlis perasmian penutupan presentation .. gtewww.. jadi disini aku tatapkanlah kepada pihak umum akan cerita-cerita dan fakta yang menarik yang telah aku search, copy n paste dari internet tentang 'emo n gothic' nie. seterusnya aku buat ulasan dan pemahaman ikut logik akal  minda yang telah dikurniakan.

            Nie antara kenangan yang telah aku tangkap bersama kengkawan dalam klas Komunikasi Interpersonel. tengok dulula yerk gambar sebelum En. K jelaskan pe tu 'Emo & Gothic'


 
Dari hadapan kiri : En. K, Hafiz, Zila, Nora, N Umaira
Dari Belakang : Azue, Emy, Zuzie, Akram n Amet.




Memori Tercipta


TAJUK : EMO & GOTHIC 
Emo merupakan singkatan untuk “emosional”. Emo adalah satu tajuk yang luas dan terdiri daripada pelbagai gaya dan jenis yang berbeza. Ia adalah berkenaan dengan stail, menggambarkan genre muzik, dan idea-idea yang berkaitan dengan rekod-rekod penting dalam sesuatu gaya.Emo juga dikaitkan dengan suatu fesyen yang tertentu. Tempoh "emo" kadangkala stereotaip dengan seluar ketat untuk lelaki dan perempuan, gemar berpakaian warna hitam atau putih, rambut lurus, kemeja-t ketat dengan meletakkan nama-nama kumpulan yang diminati, kawasan bertatah, meluru kancing, sniker kanvas atau kasut pari atau kasut hitam lain. Gaya-gaya seperti  inilah yang menjadi ikutan kumpulan remaja pada masa kini. Emo juga adalah satu gaya muzik yang menggambarkan beberapa variasi bebas muzik. Oleh itu, penggunaan istilah dalam lirik lagu telah membangkitkan perbahasan sesetengah pihak kerana seni kata liriknya agak kasar dan muzik yang agak keras. 
                      Gaya yang ditonjolkan dalam budaya emo ini sebenarnya telah lama popular di negara-negara Barat, dan ia menular dalam kalangan remaja masa kini kerana budaya tersebut sesuai dengan tuntutan jiwa remaja yang mahukan kelainan dan sesuatu yang baru. Di Malaysia, budaya ini merupakan antara yang mendapat sambutan selain punk’ dan ‘hip hop’. Jika dilihat dari luaran, budaya yang dibawa ini tidak mendatangkan kesan yang berat kerana mereka hanya berpakaian mengikut stail pemakaian yang berbeza dengan orang lain dan meminati genre muzik rock. Bagaimanapun, jika ia tidak diberi perhatian, lama-kelamaan budaya ini akan memberi pelbagai masalah sosial terutamanya dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi, kecerdasan, bahasa dan jantina. 
                Dari sudut perkembangan fizikal, saya dapat melihat perubahan tingkah laku remaja adalah mereka kelihatan sedikit kasar apabila berada dalam kelompok yang sama perwatakan dengan mereka. Apabila berada dalam kumpulan, remaja-remaja terbabit berani menunjukkan kelakuan yang tidak sopan dan buruk tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling. Mereka gemar mengenakan pakaian berwarna hitam atau putih atau kombinasi kedua-duanya. Ditambah pula dengan aksesori seperti gelang tangan dan tali pinggang yang berwarna silver. Seluar mereka kecil di bahagian kaki bawah manakala rambut pula digayakan dengan pelbagai fesyen mengikut trend masa kini. Kumpulan remaja terbabit menjadi tarikan orang ramai apabila mereka bergerak secara kelompok iaitu lebih kurang lima hingga enam orang dalam setiap kelompok.                                                                                                                      
                Jika dilihat pada penampilan dan cara mereka membawa diri, kumpulan remaja tersebut mempunyai mental yang baik, tidak kelihatan seperti sedang mengalami penyakit mental ataupun gangguan emosi. Mereka hanya berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan mereka sahaja. Walaubagaimanapun, kumpulan remaja emo yang diperhatikan tidak mencampuri urusan orang lain cuma kadangkala mereka sedikit mengganggu dan menimbulkan rasa kurang senang masyarakat sekitar. Ini kerana, mereka gemar bercakap dan bergelak ketawa dengan menggunakan nada suara yang tinggi seolah-olah mereka sengaja melakukan perbuatan tersebut sehingga menarik perhatian ramai. Sesetengah masyarakat mengatakan kumpulan remaja tersebut sebagai gila dan ‘sakit otak’ kerana menjerit ketika berkomunikasi walaupun dengan rakan mereka. Keadaan ini menyebabkan sesetengah ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka, jauh daripada kumpulan remaja tersebut.                                                                                                                                     
   Kumpulan remaja ini hanya berbahasa kasar apabila mereka berada dalam kumpulan mereka sahaja. Pelbagai perkataan kasar yang dikeluarkan oleh remaja-remaja terbabit tetapi daripada apa yang diperhatikan, mereka seperti tidak kisah apabila dipanggil dengan pelbagai gelaran yang tidak elok. Perkataan ‘bodoh’, ‘sial’, ‘kau’, dan ‘aku’ merupakan perkataan yang sering digunakan oleh kumpulan remaja tersebut. Mereka juga tidak terasa hati dengan apa yang digelar dan diungkapkan oleh rakan-rakan mereka walaupun ianya boleh menyinggung perasaan ibarat ‘Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’.                                                                                                                                           Jom lihat gambar they all.  
 
Kata En. K : 'Cantik beg, pinjam boleh?'
Kata En. K : 'Cantik crown, pinjam boleh'     
 
Kata En. K : Cantik bibir, pinjam boleh?.. hahaha .. Juz kiding jerk.. 
Diharapkan info E&G sedikit dan sebanyak dapat korang paham la yerk pe tu E&G

0 comments: