BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20 February 2010

Tips Falsafah Kejayaan

Pada malam ni aku ada sedikit perkongsian yang boleh kita sama-sama renungkan dan boleh kita ceduk untuk amalkan dalam mencapai kejayaan iaitu mengenai
TIP FALSAFAH KEJAYAAN ( oleh Dr. Shukri Abdullah ) dan En. K ( means  Khairi o Kaunselor)


TIP 1
Tiada Apa Yang Boleh Mengambil Tempat Usaha
Ulasan En. K : Untuk memperolehi kejayaan seharusnya kita perlulah berusaha, tiada usaha sudah tentu tiada kejayaan. Jika kita sudah berusaha, tetapi tiada kejayaan kita haruslah menerima dengan hati yang terbuka kerana saya yakin ianya ada hikmah disebaliknya. di Upsi sendiri dalam pembelajaran saya mengakui setelah berada sepanjang di semester 5 apa yang telah saya usaha telah membuahkan hasil sebagaimana yang saya impikan. Alhamdulillah.
TIP 2
Manusia cemerlang fokus pada kerja penting walaupun tidak seronok,  sementara manusia lemah fokus pada kerja seronok walaupun tidak penting
Ulasan En.K : Dalam melakukan sesuatu  perkara yang sukar walaupun ianya tidak seronok namun kita harus tempuhinya jua. misalnya dalam assingment. aku mengakui sendiri yang membuat assingment merupakan perkara yang sukar. bila kita membuatnya walaupun dengan penuh kepeningan dan susah mendapat bahan. kejayaan menyiapkan assingment akhirnya mendatangkan satu kepuasan n kenikmatan kepada kita akhirnya. huhuhu..
TIP 3
Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa – George Bernard Shaw
Ulasan En.K :Actually sikap tidak boleh menerima teguran dan tidak mengakui kelemahan diri yang akan menyebabkan kita berada ditakuk yang lama. Oleh itu, apabila kita adanya sikap tolak ansur dan dapat mempelajari sikap menerima kesalahan diri sendiri Insya-Allah kita akan mencapai kejayaan.
TIP 4
It’s Your Attitude Not Your Aptitude That Determine Your Altitude – Zig Ziglar
TIP 5
Kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa daripada keluarga biasa dengan kecerdasan biasa, yang berada di mana-mana sahaja…. Berusaha secara luar biasa!!
Ulasan En. K : Walaupun anda berasal dari keluarga yang miskin yang serba kekurangan jangan menjadikan itu sebagai penghalang kepada anda gagal dalam bidang akademik dll. jadikan perkara tersebut sebagai dorongan kepada anda untuk berjaya. tunjukkan kepada orang disekeliling anda walaupun anda berasal dari keluaraga yang susah namun akhirnya anda boleh mencapai kecemerlangan. contohnya macam saya yang hidup dalam serba kekurangan dan keluarag tidak lah sekaya mana namun saya akan cuba berusaha sedaya yang mungkin untuk mencapai kejayan yang dihajati.
TIP 6
I Go All Out To Get All Success
Ulasan En. K : Saya akan berusaha secara habis-habisan untuk berjaya. saya sendiri mengakui motto kejayaan saya sendiri adalah ayat tersebut. 

TIP 7
I Plan My Work And I Work My Plan
Ulasan En. K : saya merancang kerja saya dan saya buat kerja saya. jika kita hanya merancang perkara yang kita buat tetapi kita tidak lakukan tiada gunanya. oleh itu selaraskan perancangan kita dan buat apa yang kita rancang. seterusnya ia akan membuah hasil mencapai kejaya. Amin.
TIP 8
Belajar Tanpa Matlamat Ibarat Menembak Tanpa Sasaran
Ulasan En. K : Nie bukan menembak dengan menggunakan pistol air atau sebagainya. okk..Seharusnya melalui matlamatlah yang akan memandu anda untuk mencapai apa yang anda hajati. semua orang yang berjaya they all have a mission. so kepada yang tidak ada matlamat cepat fikirkan matlamat anda. saya yakin matlamat itulah yang akan mendorong kita mencapai kejayaan.
TIP 9
Yang Menentukan Kemenangan Bukan Berapa Kali Jatuh, Tetapi Berapa Kali Bangun Semula
Ulasan En. K : saya sendiri mengakui yang saya merupakan insan yang susah bangun semula apabila sudah jatuh apabila perkara yang dihajati tidak dapat dicapai. oleh itu, saya jadikan landasan dengan dorongan dan sokongan orang yang tersayang sebagai motivasi untuk saya bangun semula dari kekecewaan yang dihadapi. anda pula bagaimana? setiap orang ada cara yang tersendiri untuk membangkitkan semula diri anda apabila menghadapi kekecewaan.
TIP 10
Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat??
Ulasan En.K : susah jugak nak jelaskan maksud nie. anyway saya cuba jelaskan ikut kefahaman saya iaitu kita jangan lah terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya seharusnya kita perlua ada sikap percaya pada diri sendiri yang kta boleh lakukan perkara tersebut. that's mean pandai-pandaikan diri hidup berdikari.
TIP 11
Salah Satu Ciri Manusia Cemerlang Ialah Mereka… Tanam Minat Yang Mendalam Ke Atas Sesuatu Kerja Yang Dilakukan
Ulasan En. K : tanamkan minat itu penting. dan jangan lupa niat kita lakukan kerana apa. if niat kita adalah buruk maybe tak berkat la.
TIP 12
Anda Boleh Beri 100 Alasan Kenapa Prestasi Anda Kurang Memuaskan Tetapi Anda Sebenarnya Cuma Perlu Satu Sebab Yang Kuat Untuk Berjaya
Ulasan En. K :Bak kata pepatah 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih' . jangan jadikan alasan anda sebab apa anda gagal sebaliknya jadikan kegagalan anda sebagai pengajaran kepada anda untuk memperbaikinya. ok!

 

Selamat mencapai kejayaan dalam semua bidang yang anda ceburi. pe2pon ingat motto En. K if nak berjaya kena berusaha sedaya yang boleh iaitu : Don't Give Up Before U Try It!

0 comments: