Tajuk 'emo & Gothic' merupakan antara tajuk yang pernah aku present kat dalam klas Komunikasi Interpersonel sewaktu sem 3 dulu. Masa tu pensyarahnya ialah Puan Junainah. hepy teramat sangat kat dalam klas tue. sebab time tue jugak la aku ramai kenal geng2 kaunselingdaripada klas yang lain sebab tetiba aku dah tercampak dari klas yang biasanya sebelum sem 1 & 2 asyik jmpa muka yang sama jek dalam klas. sedangkan kami budak2 b&k ada 177 orang. mungkin sem 3 la aku dah kenal nama sumer orang budak2 kaunseling. hope tajuk 'emo & Gothic' nie serba sedikit dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua.
Time present tu masih segar dalam ingatkan En. K dimana dia merupakan insan yang paling last present. ala-ala majlis perasmian penutupan presentation .. gtewww.. jadi disini aku tatapkanlah kepada pihak umum akan cerita-cerita dan fakta yang menarik yang telah aku search, copy n paste dari internet tentang 'emo n gothic' nie. seterusnya aku buat ulasan dan pemahaman ikut logik akal minda yang telah dikurniakan.
Nie antara kenangan yang telah aku tangkap bersama kengkawan dalam klas Komunikasi Interpersonel. tengok dulula yerk gambar sebelum En. K jelaskan pe tu 'Emo & Gothic'
Dari hadapan kiri : En. K, Hafiz, Zila, Nora, N Umaira
Dari Belakang : Azue, Emy, Zuzie, Akram n Amet.
Memori Tercipta
TAJUK : EMO & GOTHIC
Emo merupakan singkatan untuk “emosional”. Emo adalah satu tajuk yang luas dan terdiri daripada pelbagai gaya dan jenis yang berbeza. Ia adalah berkenaan dengan stail, menggambarkan genre muzik, dan idea-idea yang berkaitan dengan rekod-rekod penting dalam sesuatu gaya.Emo juga dikaitkan dengan suatu fesyen yang tertentu. Tempoh "emo" kadangkala stereotaip dengan seluar ketat untuk lelaki dan perempuan, gemar berpakaian warna hitam atau putih, rambut lurus, kemeja-t ketat dengan meletakkan nama-nama kumpulan yang diminati, kawasan bertatah, meluru kancing, sniker kanvas atau kasut pari atau kasut hitam lain. Gaya-gaya seperti inilah yang menjadi ikutan kumpulan remaja pada masa kini. Emo juga adalah satu gaya muzik yang menggambarkan beberapa variasi bebas muzik. Oleh itu, penggunaan istilah dalam lirik lagu telah membangkitkan perbahasan sesetengah pihak kerana seni kata liriknya agak kasar dan muzik yang agak keras.
Gaya yang ditonjolkan dalam budaya emo ini sebenarnya telah lama popular di negara-negara Barat, dan ia menular dalam kalangan remaja masa kini kerana budaya tersebut sesuai dengan tuntutan jiwa remaja yang mahukan kelainan dan sesuatu yang baru. Di Malaysia, budaya ini merupakan antara yang mendapat sambutan selain ‘punk’ dan ‘hip hop’. Jika dilihat dari luaran, budaya yang dibawa ini tidak mendatangkan kesan yang berat kerana mereka hanya berpakaian mengikut stail pemakaian yang berbeza dengan orang lain dan meminati genre muzik rock. Bagaimanapun, jika ia tidak diberi perhatian, lama-kelamaan budaya ini akan memberi pelbagai masalah sosial terutamanya dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi, kecerdasan, bahasa dan jantina.
Dari sudut perkembangan fizikal, saya dapat melihat perubahan tingkah laku remaja adalah mereka kelihatan sedikit kasar apabila berada dalam kelompok yang sama perwatakan dengan mereka. Apabila berada dalam kumpulan, remaja-remaja terbabit berani menunjukkan kelakuan yang tidak sopan dan buruk tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling. Mereka gemar mengenakan pakaian berwarna hitam atau putih atau kombinasi kedua-duanya. Ditambah pula dengan aksesori seperti gelang tangan dan tali pinggang yang berwarna silver. Seluar mereka kecil di bahagian kaki bawah manakala rambut pula digayakan dengan pelbagai fesyen mengikut trend masa kini. Kumpulan remaja terbabit menjadi tarikan orang ramai apabila mereka bergerak secara kelompok iaitu lebih kurang lima hingga enam orang dalam setiap kelompok.
Jika dilihat pada penampilan dan cara mereka membawa diri, kumpulan remaja tersebut mempunyai mental yang baik, tidak kelihatan seperti sedang mengalami penyakit mental ataupun gangguan emosi. Mereka hanya berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan mereka sahaja. Walaubagaimanapun, kumpulan remaja emo yang diperhatikan tidak mencampuri urusan orang lain cuma kadangkala mereka sedikit mengganggu dan menimbulkan rasa kurang senang masyarakat sekitar. Ini kerana, mereka gemar bercakap dan bergelak ketawa dengan menggunakan nada suara yang tinggi seolah-olah mereka sengaja melakukan perbuatan tersebut sehingga menarik perhatian ramai. Sesetengah masyarakat mengatakan kumpulan remaja tersebut sebagai gila dan ‘sakit otak’ kerana menjerit ketika berkomunikasi walaupun dengan rakan mereka. Keadaan ini menyebabkan sesetengah ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka, jauh daripada kumpulan remaja tersebut.
Kumpulan remaja ini hanya berbahasa kasar apabila mereka berada dalam kumpulan mereka sahaja. Pelbagai perkataan kasar yang dikeluarkan oleh remaja-remaja terbabit tetapi daripada apa yang diperhatikan, mereka seperti tidak kisah apabila dipanggil dengan pelbagai gelaran yang tidak elok. Perkataan ‘bodoh’, ‘sial’, ‘kau’, dan ‘aku’ merupakan perkataan yang sering digunakan oleh kumpulan remaja tersebut. Mereka juga tidak terasa hati dengan apa yang digelar dan diungkapkan oleh rakan-rakan mereka walaupun ianya boleh menyinggung perasaan ibarat ‘Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’.Jom lihat gambar they all.
Kata En. K : 'Cantik beg, pinjam boleh?'
Kata En. K : 'Cantik crown, pinjam boleh'
Kata En. K : Cantik bibir, pinjam boleh?.. hahaha .. Juz kiding jerk..
Diharapkan info E&G sedikit dan sebanyak dapat korang paham la yerk pe tu E&G
Adakah kita ingin berjaya seperti mereka (seperti gambar diatas yang menunjukkan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang SPM yang mendapat 18A dan 20A). Wowww.. hebatnya yerk mereka.. apakah rahsianya.?? Rahsianya senang saja iaitu Pengurusan Masa yang efektif.. gteww..Jadi disini adalah tips-tips yang boleh En. K (that's mean my name Khairi o Kaunselor..)..
Masa itu bagi pendangan En. K adalah ianya
memang secara sah-sah 'tidak boleh berpatah semula',
masa itu adalah 'tetap dan tepat'..
masa jualah musuh kita kerana jika kita terleka ia akan
'boleh memerangkap kita' dan 'masa ibarat
kuasa' kerana setiap perkara yang kita lakukan berlandaskan masa.
Seterusnya, En. K nak citerkan lah tentang teknik-teknik yang boleh kita sama-sama
kongsikan dalam mengurus masa dengan berkesan.moh kita lihat,baca dan amalkannyayerk..
T&T tu maksudnya tunggu dan tangguh. Jangan suka dan pikirkan sesuatu kerja tu dengan tunggu seperti dialog 'tunggu la kejap nak buat' dll. En. K pun kadang-kadang pernah jugak buat benda T&T tp hah nanti dapat la balasannya iaitu'kelam kabut'seterusnya 'stress'. If tak nak benda tu terjadi buat kerja awal-awal.
Diharapkan perkongsian diatas serba sedikit dapat membantu kita dalam mengurus masa dengan efisien. Selamat menguruskan masa anda dengan baik..
Pada malam ni aku ada sedikit perkongsian yang boleh kita sama-sama renungkan dan boleh kita ceduk untuk amalkan dalam mencapai kejayaan iaitu mengenai
TIP FALSAFAH KEJAYAAN ( oleh Dr. Shukri Abdullah ) dan En. K ( means Khairi o Kaunselor)
TIP 1
Tiada Apa Yang Boleh Mengambil Tempat Usaha
Ulasan En. K : Untuk memperolehi kejayaan seharusnya kita perlulah berusaha, tiada usaha sudah tentu tiada kejayaan. Jika kita sudah berusaha, tetapi tiada kejayaan kita haruslah menerima dengan hati yang terbuka kerana saya yakin ianya ada hikmah disebaliknya. di Upsi sendiri dalam pembelajaran saya mengakui setelah berada sepanjang di semester 5 apa yang telah saya usaha telah membuahkan hasil sebagaimana yang saya impikan. Alhamdulillah.
TIP 2
Manusia cemerlang fokus pada kerja penting walaupun tidak seronok, sementara manusia lemah fokus pada kerja seronok walaupun tidak penting
Ulasan En.K : Dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar walaupun ianya tidak seronok namun kita harus tempuhinya jua. misalnya dalam assingment. aku mengakui sendiri yang membuat assingment merupakan perkara yang sukar. bila kita membuatnya walaupun dengan penuh kepeningan dan susah mendapat bahan. kejayaan menyiapkan assingment akhirnya mendatangkan satu kepuasan n kenikmatan kepada kita akhirnya. huhuhu..
TIP 3
Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa – George Bernard Shaw
Ulasan En.K :Actually sikap tidak boleh menerima teguran dan tidak mengakui kelemahan diri yang akan menyebabkan kita berada ditakuk yang lama. Oleh itu, apabila kita adanya sikap tolak ansur dan dapat mempelajari sikap menerima kesalahan diri sendiri Insya-Allah kita akan mencapai kejayaan.
TIP 4
It’s Your Attitude Not Your Aptitude That Determine Your Altitude – Zig Ziglar
TIP 5
Kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa daripada keluarga biasa dengan kecerdasan biasa, yang berada di mana-mana sahaja…. Berusaha secara luar biasa!!
Ulasan En. K : Walaupun anda berasal dari keluarga yang miskin yang serba kekurangan jangan menjadikan itu sebagai penghalang kepada anda gagal dalam bidang akademik dll. jadikan perkara tersebut sebagai dorongan kepada anda untuk berjaya. tunjukkan kepada orang disekeliling anda walaupun anda berasal dari keluaraga yang susah namun akhirnya anda boleh mencapai kecemerlangan. contohnya macam saya yang hidup dalam serba kekurangan dan keluarag tidak lah sekaya mana namun saya akan cuba berusaha sedaya yang mungkin untuk mencapai kejayan yang dihajati.
TIP 6
I Go All Out To Get All Success
Ulasan En. K : Saya akan berusaha secara habis-habisan untuk berjaya. saya sendiri mengakui motto kejayaan saya sendiri adalah ayat tersebut.
TIP 7
I Plan My Work And I Work My Plan
Ulasan En. K : saya merancang kerja saya dan saya buat kerja saya. jika kita hanya merancang perkara yang kita buat tetapi kita tidak lakukan tiada gunanya. oleh itu selaraskan perancangan kita dan buat apa yang kita rancang. seterusnya ia akan membuah hasil mencapai kejaya. Amin.
TIP 8
Belajar Tanpa Matlamat Ibarat Menembak Tanpa Sasaran
Ulasan En. K : Nie bukan menembak dengan menggunakan pistol air atau sebagainya. okk..Seharusnya melalui matlamatlah yang akan memandu anda untuk mencapai apa yang anda hajati. semua orang yang berjaya they all have a mission. so kepada yang tidak ada matlamat cepat fikirkan matlamat anda. saya yakin matlamat itulah yang akan mendorong kita mencapai kejayaan.
TIP 9
Yang Menentukan Kemenangan Bukan Berapa Kali Jatuh, Tetapi Berapa Kali Bangun Semula
Ulasan En. K : saya sendiri mengakui yang saya merupakan insan yang susah bangun semula apabila sudah jatuh apabila perkara yang dihajati tidak dapat dicapai. oleh itu, saya jadikan landasan dengan dorongan dan sokongan orang yang tersayang sebagai motivasi untuk saya bangun semula dari kekecewaan yang dihadapi. anda pula bagaimana? setiap orang ada cara yang tersendiri untuk membangkitkan semula diri anda apabila menghadapi kekecewaan.
TIP 10
Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat??
Ulasan En.K : susah jugak nak jelaskan maksud nie. anyway saya cuba jelaskan ikut kefahaman saya iaitu kita jangan lah terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya seharusnya kita perlua ada sikap percaya pada diri sendiri yang kta boleh lakukan perkara tersebut. that's mean pandai-pandaikan diri hidup berdikari.
TIP 11
Salah Satu Ciri Manusia Cemerlang Ialah Mereka… Tanam Minat Yang Mendalam Ke Atas Sesuatu Kerja Yang Dilakukan
Ulasan En. K : tanamkan minat itu penting. dan jangan lupa niat kita lakukan kerana apa. if niat kita adalah buruk maybe tak berkat la.
TIP 12
Anda Boleh Beri 100 Alasan Kenapa Prestasi Anda Kurang Memuaskan Tetapi Anda Sebenarnya Cuma Perlu Satu Sebab Yang Kuat Untuk Berjaya
Ulasan En. K :Bak kata pepatah 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih' . jangan jadikan alasan anda sebab apa anda gagal sebaliknya jadikan kegagalan anda sebagai pengajaran kepada anda untuk memperbaikinya. ok!
Selamat mencapai kejayaan dalam semua bidang yang anda ceburi. pe2pon ingat motto En. K if nak berjaya kena berusaha sedaya yang boleh iaitu : Don't Give Up Before U Try It!
Mungkin Tuhansengaja mahu kita berjumpa dengan orang
yang salahsebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita
akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita...
Rata-rata lapisan masyarakat hari ini memahami dan merasai era ledakan teknologi maklumat ataupun zaman ITKawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang’
Tentang persahabatan aku di UPSI nie memang
best berkawan ngn sumer orang banyak benda yang aku dapat belajar..
expecially housemate aku iaitu wan, zaim, zaki, tajul n naza
aku memang sayang giler kat lima2 orang nie.. huhuhuh.. huhuhu..
Disini ada beberapa cara-cara berdoa. Doa merupakan senjata kita tau.. betol xtipu.. lau xcaya cuba la..
1. Menghadap Kiblat
Hal ini berdasarkan sebuah hadis "Rasulullah datang ketempat wuquf diArafah dan ia menghadap kiblat lalu terus menerus berdo'a sehingga tenggelam matahari"
2. Membaca Hamdalah atau pujian, Istighfar dan membaca Shalawat
Salah seorang Sahabat Nabi berkata : "Ketika Nabi Muhammad saw duduk dimesjid, tiba-tiba datang seorang laki-laki masuk, lalu ia shalat. Setelah selesai ia membaca doa,'Allahummaghfirlii warhamnii'. Maka waktu itu Rasulullah pun berkata, wahai kawan, engkau terburu-buru. Jika kau shalat, duduklah dahulu kemudian bacalah puji-pujian kepada Allah. Karena dia yang memiliki pujian itu, lalu kau baca shalawat kepadaku kemudian baru berdo'a .Kemudian datang seorang yang lain setelah shalat ia memuji Allah dan membaca shalawat untuk Nabi Muhammad saw. dan setelah itu Nabi bersabda, Berdo'alah akan dipenuhi."
3. Dengan suara lembut dan rasa takut
Sebagaimana Firman Allah SWT yang berbunyi, "Berserulah (Berdo'a) kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah engkau berbuat kerusakan dibumi sesudah (Allah SWT ) memperbaikinya, dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak diterima) dan harap (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Q.S. Al A'raf : 55-56)
4. Yakin akan dipenuhi
Didalam berdoa kita harus yakin dan berprasangka baik kepada Allah, seperti hadis berikut ini : "Sesungguhnya Alla 'Azza wa Jalla berfirman : Aku akan mengikuti prasangka hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya apa bila ia berdoa kepada-Ku".
Seterusnya kita lihat pulak waktu yang paling baik atau juga disebut sebagai mustajab dalam berdoa:
1. Antara azan dan Iqamat.
2. Menjelang waktu shalat dan sesudahnya.
3. Waktu sepertiga malam yang terakhir.
4. Sepanjang hari jum'at
5. Antara Dzuhur dan Ashar, serta Ashar dan Maghrib
6. Ketika Khatam membaca Al-Qur'an
7. Ketika turun hujan.
8. Ketika melakukan Tawaf.
9. Ketika menghadapi musuh dimedan perang.
Tempat-tempat yang baik untuk berdo'a pula adalah seperti :
1. Didepan dan didalam Kabah.
2. Di Masjid Rasulullah saw.
3. Di belakang makam Nabi Ibrahim as.
4. Di atas bukit Safa dan Marwah.
5. Di Arafah, di Muzalifah, di Mina dan disisi jamarat yang tiga.
6. Di tempat-tempat yang mulia lainnya seperti Masjid atau Mushalla..
Seorang yang tetap tenang walau apa yang berlaku.. Dan tidak mudah berputus asa sehingga saya belum mencubanya dan jika memulakan sesuatu saya tidak akan mudah berpatah balik